Ibnu Abbas berkata, “Orang yang
pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad. Malaikat Jibril
akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa
bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya
pakaian-pakaian surga.”
Malaikat Jibril akan menyeru, “Wahai
dunia! Di mana kubur Muhammad?” Bumi menjawab, “Sesungguhnya, Tuhanku telah
menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan
gunung-ganungku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad.”
Rasulullah bersabda, “Lalu
diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ke awan langit.
Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” Israfil bersuara, “Wahai roh
yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua. Pada
seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika
Rasulullah berdiri, beliau telah membuang tanah di atas kepala dan janggut
beliau. Rasulullah melihat kanan dan kiri. Beliau dapati, tiada lagi bangunan.
Beliau menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Malaikat Jibril berkata kepada
Rasulullah, “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah di tempat
yang luas.” Rasulullah bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” Jibril
menjawab, “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah
hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah.”
Rasulullah berkata, “Kekasihku
Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril bertanya, “Apakah yang kamu lihat di
hadapanmu?” Rasulullah berkata, “Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril
berkata, “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Rasulullah berkata, “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan
umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril berkata, “Demi keagungan
Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”
Rasulullah berkata, “Niscaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan
mensyafaatkan umatku.” Jibril berkata, “Tungganglah Buraq ini wahai
Muhammad dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Malaikat Jibril datang bersama Buraq
ke arah Rasulullah. Buraq meronta-ronta, lalu Jibril berkata kepadanya, “Wahai
Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh
Allah? Sudahkah Allah perintahkan kepadamu agar mentaatinya?” Buraq menjawab,
“Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki
surga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah akan datang pada hari ini
dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Rasulullah
bersabda kepada Buraq, “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, niscaya aku
memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq
membenarkan Rasulullah menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq
sejauh pandangan mata. Apabila Rasulullah berada di Baitul Maqdis di atas bumi
dari perak yang putih, malaikat Israfil menyeru, “Wahai tubuh-tubuh yang telah
hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan
urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut
binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Allah Yang
Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam
sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.
Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan
menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air
mani lelaki. Dengan demikian, tersusunlah tulang-tulang, urat-urat memanjang,
daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebagian mereka akan kekal ke atas sebagian
tubuh tanpa roh.
Allah berfirman, “Wahai Israfil!
Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izin-Ku akan penghuni
kubur. Sebagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebagian dari
mereka adalah golongan yang celaka dan derita.” Malaikat Israfil
menjerit, “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada
tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Allah.”
Allah berfirman, “Demi keagungan dan
ketinggian-Ku! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!” Apabila roh-roh
mendengar sumpah Allah, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka,
kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad
mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Rasulullah duduk di padang pasir
Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang
berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Rasulullah merupakan satu umat. Rasulullah
berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril menyeru, “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat
perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah.”
Umat-umat datang di dalam keadaan
satu-satu kumpulan. Setiap kali Rasulullah berjumpa satu umat, beliau akan bertanya,
“Di mana umatku?” Jibril berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang
terakhir.” Apabila nabi Isa datang, Jibril menyeru, “Tempatmu!” Maka nabi Isa
dan Jibril menangis.
Rasulullah bertanya, “Mengapa kamu
berdua menangis.” Jibril berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Rasulullah bertanya, “Di mana umatku?” Jibril menjawab, “Mereka semua telah
datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian,
Rasulullah menangis lalu bertanya, “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang
berbuat dosa?” Jibril menjawab, “Lihatlah mereka wahai Muhammad!” Apabila
Rasulullah melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada beliau
dengan apa yang telah Allah muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu
dengan beliau. Rasulullah juga gembira terhadap mereka. Rasulullah bertemu
umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang
mereka sambil menyeru, “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi.
Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Rasulullah berkata, “Wahai umatku.”
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan
demikian, terdengar dari arah Allah seruan yang menyeru, “Di mana Jibril?”
Jibril berkata, “Jibril di hadapan Allah.” Allah berfirman di dalam keadaan Dia
amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi, “Di mana umat Muhammad?” Jibril
berkata, “Mereka adalah sebaik umat.” Allah berfirman, “Wahai Jibril!
Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad bahwa umatnya akan datang untuk
ditayangkan di hadapan-Ku.”
Malaikat Jibril kembali di dalam
keadaan menangis lalu berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk
ditayangkan kepada Allah.” Rasulullah berpaling ke arah umatnya lalu berkata,
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah.”
Orang-orang yang berdosa menangis
karena terkejut dan takut akan azab Allah. Rasululah memimpin mereka
sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah. Allah
berfirman, “Wahai hamba-Ku! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku tuduhan apa-apa
yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah terdiam. Allah
berfirman, “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah
mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan siapa yang mentaati-Ku. Dan, Aku
akan mengazab siapa yang durhaka terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi ke arah
Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!” Jibril pergi
berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata, “Wahai Malik! Allah telah
memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya, “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab, “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata,
“Wahai Jibril! Adakah Allah telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab,
“Ya!” Malik bertanya, “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata, “Di
hadapan Allah!”
Malik bertanya lagi, “Bagaimana
mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila
mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril
menjawab, “Aku tidak tahu!” Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan
yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai
tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal
mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya
menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil
alih. Anak-anak mulai beruban rambutnya. Ibu-ibu yang memikul anaknya
mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak
mabuk.
Hari kiamat adalah waktu terakhir
semua manusia, tidak ada lagi kesempatan untuk bertaubat, padahal Allah Maha
Pengampun. Satu-satunya penolong hanyalah syafaat Rasulullah, dan syafaat itu
berlaku untuk umat Rasulullah yang mengikuti sunnahnya. Oleh karena itu,
marilah kita cintai dan ikuti Rasulullah mulai sekarang sebelum datangnya hari
kiamat itu, jangan menganggap hari akhir itu masih lama datangnya, tidak usah
menunggu tanda-tanda kiamat dahulu untuk bertaubat, karena dosa sebesar apa pun
akan diampuni olah Allah mumpung hayat masih di kandung badan. semoga kita
terhindar dari keganasan malaikat Malik dan Neraka
Tidak ada komentar:
Posting Komentar